Hello kepada rakan pembaca yang baik hati muahehehe XD XD...
Siapapun dekat dunia ni termasuklah aku sendiri, tak nafikan yang zaman kanak-kanak yang paling best sekali muahehehe. Hidup hanya makan,tidur, pagi-pagi dah tercongok depan TV tengok kartun, berbogel depan umah pun orang tak larang(kalo skang, mau dicop kat dahi "orang gila") dan takyah pikir memanjang pasal duit sebab tak tau pun fungsi duit maser tu kalo setakat menghabiskan duit tu, Ahhhhh!! memang akulah pakar dalam bidang tu.
Usia kita meningkat seiring dengan beban yang kita pikul, maksudnyer semakin kita tua semakin banyaklah beban yang datang bertimpa-timpa menghempap kita. Tidak dinafikan skang aku, berhempas-pulas kerja demi nak penuhkan poket aku yang tak pernah penuh selama ni -.- dan sekarang aku dapat merasa betapa seksanya hidup ni demi mencari sesuap nasi. Baru aku dapat merasai camner ibu dan ayah aku bersilat-silat siang dan malam demi nak membesarkan aku dan adik-beradik yang lain, Perghhhhhh!!!, menitis airmata kekadang biler ingatkan duit tu cam senang je keluar macam keluar kat mesin ATM(memanglah senang kuar kalo ada duit, cuba kalo takde*ko picit beria-ia pun takkan kuar sesen pun).
Maser kecik tu dulu, apa yang kita nak semuanyer tersedia depan mata tapi kalo kita dah dewasa skang, kalo tak usaha betul-betul jangan berangan-anganlah nak hidup selesa(hanya mampu hidup merana jelah). Hahhh!! Bala lagi datang menimpa-nimpa kalo kita hidup kat Kotaraya Kuala Lumpur, dengan sewa rumahnya yang kalo dikumpul dari bulan satu hingga ke bulan dua belas, hmmm, dah boleh beli kancil sebijik untuk mak aku dan sebijik untuk ayah aku(secondhandlah derr) tapi nak buat camner kan? dekat sini banyak peluang pekerjaan cuma atas kitalah yang nak berusaha lebih atau pun setakat goyang kaki dekat kedai kopi. So, aku tak heranlah banyak kes bunuh diri atau banyak pilih pekerjaan kotor+jijik biler menetap di Kuala Lumpur ni, kos hidup meninggi tapi aku ni tak tinggi-tinggi pun.
Zaman kanak-kanak kita ni tak heranlah kalo cium pompuan, nampak cute je.Haihh!! maklumlah masa ni nafsu tak membara lagi, cuba kalo bercium atau dicium sesaper, haisssssshhhhh!!!, lain pulak jadinyer nanti. Kalo masa kecik dulu biler kita citer kat mak kita pasal kawin mesti diaorang senyum takpun gelak tebahak-bahak dengar kita citer pasal kawin tapi biler kita dah besar citer pasal kawin biler dah besar, ayat pertama diaorang cakap "Boleh ke kau jaga anak orang?" adussssssssssss!! menusuk kalbu ayat tu -.-, maybe ada gak betulnyer cakap mak dan ayah kita tu. Masakan nak jaga anak orang sedangkan diri sendiri kebuluran hari-hari.
Oklah, jari aku pun naik krem dah ni disebabkan panjang bebenor post aku kali ni. Maklumlah, saja je nak luahkan perasaan hari ini. Semoga gembiralah baca post aku yang tak seberapa ni~Peace Yob~


No comments:
Post a Comment