Tuesday, 13 March 2012

Kenapa aku boleh sesat kat sini? -.-

Assalamualaikum semua para pembaca yang dikasihani*chewahhh ayat*:3
    Oklah semua, aku nak story sikit camner plak tetiba tangan aku ni gatal nak buat blog? hah!! camner? ramai orang mesti pelik kenapa tetiba jer mamat ni nak buat blog, dulu bukan main bersumpah seranah taknak buat blog?. Hahhh!! nilah aku nak story sikit, citernyer bermula masa aku ni aktif 24 jam menghadap FB(alah takkan tak tahu FB tu apa? "Facebook" lah brader -.-), aku ni memang suka sangat buat status panjang lebar mengalahkan para pelajar yang tengah dok kalut nak jawab SPM karangan Bahasa Melayu. 
    Memang aku tak nafikan kekadang biler dalam FB je memang banyak idea-idea bernas yang datang bertempek dekat otak aku ni  tapi biler time "EXAM" je aku hanya mampu tengok kertas periksa tu sambil mulut terkumat-kamit membaca doa sebelum tidur dan terus dibuai mimpi indah iaitu tidur di riba Neerlofa hehehehe(ketawa gatal). Pada awal pembabitan aku membuat status panjang lebar ni, memang dapat sambutan hangat(siap status kena promote dan share lagi oleh rakan-rakan FB hohoho) tapi lama-kelamaan orang cepat muak dan boring menghadap  isi kandungan status aku yang banyak mengarut,mencarut dan semua yang sewaktu denganya. 
    Aku tak salahkan mereka yang bosan dengan status aku yang semakin merapu tu sebab aku dah niat daripada awal-awal lagi aku "Sign Up" join FB ni dengan tujuan aku nak asah bakat penulisan kreatif aku sendiri (maklumlah, aku nak jadi penulis sejak dari perut mak aku lagi), kekadang kita kena sedar ~Dalam setiap apa yang kita lakukan, ada orang suka dan ada orang yang tak suka~ jadi kita kenalah hadapinya dengan tabah. Memang tidak dinafikanlah siapa yang tak kembang-kempis hidung kalau berduyun-duyun orang like FB kita kan(termasuklah hidung aku ni yang hidung reti kembang je tapi tak reti kempis balik -..-), sebenarnya bukan nak rasa bangga membabi buta sebab status ramai orang like cuma kita rasa dihargai sekurang-kurangnya ada orang yang sudi baca status kita walaupun kita hanya tulis "Hai".
    Diucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca blog saya yang tak seberapa ni, saya harap anda terhibur dengan post saya yang pertama ni walaupun taklah panjang sangat(maklumlah, ini kan baru perkenalan je so takyah panjang sangat kot =="). ~Peace Yob~


     
   

No comments: