Assalamualaikum kepada para pembaca #menaip sambil menitis airmata jantan aku*:')*#
Jangan salahkan aku andai kata, diri aku dilahirkan tidak sempurna atau tidak sekacak lelaki di luar sana. Jangan persalahkan aku di atas segala kelamahan aku yang sering buat kamu menyampah dan meluat giler nak mampos menghadap muka aku tiap-tiap hari tetapi apakah disebabkan tidak kesempurnaan aku ini, kau tolak cinta aku mentah-mentah tanpa berikan aku peluang untuk buktikan kesetiaan aku kepadamu?.
Kenapa begitu menyampah sekali kamu lihat muka aku setelah aku meluahkan isi hati aku kepadamu?, cuba kamu berikan alasan yang munasabah takpun yang boleh diterima otak aku yang serba lembab ini. Jika disebabkan wajah aku yang tak tampan ini, bilanglah sejujurnya tapi janganlah terus berdiam diri sampai sekarang. Aku bukan seorang yang bodoh dan terhegeh-hegeh pada yang tak sudi cuma aku taknak hubungan kita sebagai sahabat karib yang telah lama terjalin akhirnya musnah disebabkan perkara kecil ini.
Demi Allah, aku dah buang sejauh-jauhnya perasaan cinta aku terhadapmu yang tidak lebih daripada seorang sahabat. Aku dah tetapkan diri mungkin kita tidak ada jodoh dan mungkin ada lelaki yang lebih-lebih baik daripada aku yang lemah ini. Kamu tak berikan aku ruang untuk berterus-terang malah kamu terus-terusan menghukum diriku tanpa sebab yang boleh diterima dek akal aku yang tak seberapa nak bijak ini.
Tipulah kalau aku menyatakan aku tidak kecewa sebab kamu tolak cinta aku tetapi itu dulu kerana sekarang mungkin bila melihat kamu bahagia bersama lelaki idamanmu akan membuat aku lebih gembira.Aku tidak mampu memilikimu kerana kamu 100% hakmilik kekal Allah yang Maha mencintai namun biarlah cintaku selama ini terhadapmu biarlah menjadi cinta dalam hati yang akan aku kenang selagi hayat di kandung badan.
Walaupun aku berpura-pura untuk ketawa,gembira dan nampak ceria selalu namun hati ini tetap sedih atas keputusanmu untuk putuskan hubungan persahabatan kita, aku tidak akan menunjukkan tangisanku di depan khalayak ramai bukan kerna ego seorang lelaki tetapi kerana aku seorang lelaki yang di didik untuk menerima segala Qada dan Qadar Allah. Akhir kata, aku hanya nak kamu tahu bahawa aku selama ini tak pernah mempunyai perasaan benci terhadapmu walaupun segala tohmahan,cacian dan kejian yang kamu lemparkan tepat ke arah wajahku. Aku akan menganggap kamu sebagai sahabat dunia dan akhirat aku selama-lamanya.~Peace yob~
Keluh-kesah bersama Mak Jemah AF
Lagi berfaedah buat blog, daripada terus jadik Goblok
Wednesday, 14 March 2012
Kerjasama Wonderpet Vs Kerjasama Mat Pet -.-
Assalamualaikum kepada Para pembaca yang kacak dan cantik belaka :)
Pagi ini tetiba plak idea datang mencurah-curah tatkala mata aku rasa cam malas je nak bukak(aisshh!! maklumlah dah ibarat berguni-guni beras Cap Rambutan yang bertenggek kat mata aku ni). Bukan apalah, aku cuma takut kalau niat nak mandi kat jamban rumah takut kang tersesat mandi kat umah jiran sebelah*itu pun cukup baik je kalau dia halau, cuba bantai dia pelakung aku guna periuk diaorang(mau seminggu merempat kat hospital). Kan masih mamai lagi so janganlah salahkan aku dohh!! bukan sengaja pun -,-.
Oklah, daripada aku terus mencarut dan mengarut bukan-buka apa kata kita "straight to the point" jelah, aku hari ni cuma nak story sikit pasal isu pasal berlonggok-longgok penagih dadah yang bersepah sekitar Kuala Lumpur ni. Aku kekadang terfikir gak "Wahhh!! Bagusnya penangih ni kekadang sebab saling berkongsi jarum dadah diaorang pastu kena sakit pun bersama-sama, bak kata perpatah "Ringan sama dijinjing,berat sama dipikul". Konsep persahabatan memang kita dapat lihat dalam situasi tidak langsung tapi apa gunanya konsep ini sekadar dipraktikkan dalam melakukan perkara-perkara yang negatif dan mampu membahayakan kesihatan diri.
Cuba kita ambik contoh kerjasama Wonderpet plak, diaorang bekerjasama dalam menyelamatkan nyawa haiwan dan bukanyer bekerjasama dalam merompak kandang lembu,menculik itik betina atau mencurik telur Ayam Serama. Diaorang semua bekerjasama dalam melakukan perkara yang positif tetapi lainlah pulak dengan para penagih, berkongsi dan bekerjasama demi menempah bilik mayat VIP untuk penghidap HIV positif.
Jadi kalau dibandingkan IQ antara para penagih dadah dan Wonderpet, memang nampak bebenorlah bagai langit dengan bumi. Bukan ke haiwan dilahirkan mempunyai otak tetapi tidak dikurniakan akal tetapi lainlah pulak dengan manusia ada akal dan otak cuma malas je nak guna akal yang diberi. So, kita dapat klasifikasikan para penagih sebenarnya lebih jahil daripada Wonderpets tu, rugi sesangat jika ada otak sebesar manapun kalau akal tak digunakan.~Peace Yob~
![]() |
| Dari kiri:Linny,Tuck dan Ming Ming |

Tuesday, 13 March 2012
Kekurangan yang ada pada kekasih,Sanggupkah kau menerima daku seadanya?
Assalamualaikum semua kepada para pembaca yang sudi membaca XD XD....
Hari ni aku nak story sikit pasal cintan-cintun sikit walaupun aku bukan katogeri lelaki yang layan "All the jiwang-jiwang ni", aisshhhh!! bukanyer apa sebagai lelaki yang gagah+gagap biler berhadapan wanita kekadang tu kenalah maintain cool je depan mana-mana awek walaupun maser tu dah kelam-kabut nak carik kat mana jamban yang berdekatan(maklumlah, asal aku nak tunaikan tanggungjawab je, mesti ada awek datang*kena sumpahan kott? agaknyer aku ni).
Memang tak dinafikan sebagai manusia yang lemah lagi lembab, terserlah 1001 kelemahan kita yang selalu tetiba je terkeluar tanpa kita sedari tapi apakah kelemahan kita akan diterima oleh pasangan kita?. Oklah untuk tempoh jangka pendek memang takperlah, masih panggil "baby-baby" sesama pasangan dan cuba kalau dah berkahwin, mungkin daripada "baby" akan bertukar secara automatik menjadi "bab*". Itulah permasalahan percintaan yang sering melanda bak ombak tsunami dalam sesebuah perhubungan, amacam takut? of courselah, takkanlah nak gelak guling-guling kat lantai mengalahkan orang yang tengok Raja Lawak biler lihat mahligai yang penat-penat dibina tetiba runtuh serta-merta.
Itulah yang perkara perlu dipandang serius setiap pasangan yang tengah hangat bercinta-cinta bagai ni, maklumlah, kalau yang berkahwin itu kita mestilah nak hubungan berkekalan dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Apa yang penting dalam kekalkan relationship camni? of courselah, kita sedia menerima kekasih kita itu seadanya tak kiralah dari segi lahiriah ataupun rohaniah. Jangan jadikan pasangan kita tu cam lampin pakai buang, maser cinta dipakai pastu biler sedar taik bersepah-sepah dalam lampin tu, kita buang je dalam tong sampah.
Akhir sekali, aku cuma nak nasihatkan supaya terimalah seseorang insan itu seadanya sebab takder manusia pun yang sesempurna Allah S.W.T dan jangan jadikan faktor-faktor kelemahan pasangan kita tu sebagai pasport korang nak tinggalkan diaorang tetapi jadikan kelemahan diaorang sebagai pakej yang saling melengkapi hidup kita :3~Peace Yob~

Mengapa kau pergi,Mengapa kau pergi (Ohhh Lisa Ku -.-)
Assalamualaikum Guys :')
Aku ni bukanlah tak dapat terima kenyataan atau nak lawan jodoh di tangan tuhan -.-*cuma takkan dalam berjuta-juta lelaki dekat Malaysia ni(termasuklah aku), Kenapa Lisa Surihani pilih Yusri jadik suami? haduihhhh!! tiga hari tiga malam aku takder selera makan, takleh nak tidur, takder mood nak On9 FB dan takder mood nak mandi disebabkan tak dapat terima kenyataan ini.Maknanyer skang, melepaslah semua rancangan aku nak mengorat Cik Lisa Oppppssssss!!! maksud den Puan Lisa Surihani. Haihhh!! nak uat camner kan? dah jodoh tuhan yang tentukan kalau aku tentukan, mungkin sekarang aku kawin ngan Rozita Che Wan lah Muahehehehe -.- tapi berbekalkan muka seiras buruh asing, saperlah nak kan?(bunyi cam desprate tapi tulah kenyataan hahhaa). Aku tetap dengan prinsip hidup aku, aku percaya pada jodoh Allah bukan jodoh manusia.Anyway, dalam kesedihan aku terselit kegembiraan dalam diri aku sebab sekurang-kurangnya Lisa dah bahagia dengan pasangan hidupnya. Biarlah aku menangis kegembiraan melihat kebahagiaanmu :') *Chewaahhhh!! ayat pasrah ni -.-*
![]() |
| Haihhh!!! alangkah indahnyer hidup den ni kalo dikerumuni awek cam si Yusri tu LOL!! |
Zaman kanak-kanak Ribena Vs Zaman Dewasa Pepsi Cola
Hello kepada rakan pembaca yang baik hati muahehehe XD XD...
Siapapun dekat dunia ni termasuklah aku sendiri, tak nafikan yang zaman kanak-kanak yang paling best sekali muahehehe. Hidup hanya makan,tidur, pagi-pagi dah tercongok depan TV tengok kartun, berbogel depan umah pun orang tak larang(kalo skang, mau dicop kat dahi "orang gila") dan takyah pikir memanjang pasal duit sebab tak tau pun fungsi duit maser tu kalo setakat menghabiskan duit tu, Ahhhhh!! memang akulah pakar dalam bidang tu.
Usia kita meningkat seiring dengan beban yang kita pikul, maksudnyer semakin kita tua semakin banyaklah beban yang datang bertimpa-timpa menghempap kita. Tidak dinafikan skang aku, berhempas-pulas kerja demi nak penuhkan poket aku yang tak pernah penuh selama ni -.- dan sekarang aku dapat merasa betapa seksanya hidup ni demi mencari sesuap nasi. Baru aku dapat merasai camner ibu dan ayah aku bersilat-silat siang dan malam demi nak membesarkan aku dan adik-beradik yang lain, Perghhhhhh!!!, menitis airmata kekadang biler ingatkan duit tu cam senang je keluar macam keluar kat mesin ATM(memanglah senang kuar kalo ada duit, cuba kalo takde*ko picit beria-ia pun takkan kuar sesen pun).
Maser kecik tu dulu, apa yang kita nak semuanyer tersedia depan mata tapi kalo kita dah dewasa skang, kalo tak usaha betul-betul jangan berangan-anganlah nak hidup selesa(hanya mampu hidup merana jelah). Hahhh!! Bala lagi datang menimpa-nimpa kalo kita hidup kat Kotaraya Kuala Lumpur, dengan sewa rumahnya yang kalo dikumpul dari bulan satu hingga ke bulan dua belas, hmmm, dah boleh beli kancil sebijik untuk mak aku dan sebijik untuk ayah aku(secondhandlah derr) tapi nak buat camner kan? dekat sini banyak peluang pekerjaan cuma atas kitalah yang nak berusaha lebih atau pun setakat goyang kaki dekat kedai kopi. So, aku tak heranlah banyak kes bunuh diri atau banyak pilih pekerjaan kotor+jijik biler menetap di Kuala Lumpur ni, kos hidup meninggi tapi aku ni tak tinggi-tinggi pun.
Zaman kanak-kanak kita ni tak heranlah kalo cium pompuan, nampak cute je.Haihh!! maklumlah masa ni nafsu tak membara lagi, cuba kalo bercium atau dicium sesaper, haisssssshhhhh!!!, lain pulak jadinyer nanti. Kalo masa kecik dulu biler kita citer kat mak kita pasal kawin mesti diaorang senyum takpun gelak tebahak-bahak dengar kita citer pasal kawin tapi biler kita dah besar citer pasal kawin biler dah besar, ayat pertama diaorang cakap "Boleh ke kau jaga anak orang?" adussssssssssss!! menusuk kalbu ayat tu -.-, maybe ada gak betulnyer cakap mak dan ayah kita tu. Masakan nak jaga anak orang sedangkan diri sendiri kebuluran hari-hari.
Oklah, jari aku pun naik krem dah ni disebabkan panjang bebenor post aku kali ni. Maklumlah, saja je nak luahkan perasaan hari ini. Semoga gembiralah baca post aku yang tak seberapa ni~Peace Yob~

Kenapa aku boleh sesat kat sini? -.-
Assalamualaikum semua para pembaca yang dikasihani*chewahhh ayat*:3
Oklah semua, aku nak story sikit camner plak tetiba tangan aku ni gatal nak buat blog? hah!! camner? ramai orang mesti pelik kenapa tetiba jer mamat ni nak buat blog, dulu bukan main bersumpah seranah taknak buat blog?. Hahhh!! nilah aku nak story sikit, citernyer bermula masa aku ni aktif 24 jam menghadap FB(alah takkan tak tahu FB tu apa? "Facebook" lah brader -.-), aku ni memang suka sangat buat status panjang lebar mengalahkan para pelajar yang tengah dok kalut nak jawab SPM karangan Bahasa Melayu.
Memang aku tak nafikan kekadang biler dalam FB je memang banyak idea-idea bernas yang datang bertempek dekat otak aku ni tapi biler time "EXAM" je aku hanya mampu tengok kertas periksa tu sambil mulut terkumat-kamit membaca doa sebelum tidur dan terus dibuai mimpi indah iaitu tidur di riba Neerlofa hehehehe(ketawa gatal). Pada awal pembabitan aku membuat status panjang lebar ni, memang dapat sambutan hangat(siap status kena promote dan share lagi oleh rakan-rakan FB hohoho) tapi lama-kelamaan orang cepat muak dan boring menghadap isi kandungan status aku yang banyak mengarut,mencarut dan semua yang sewaktu denganya.
Aku tak salahkan mereka yang bosan dengan status aku yang semakin merapu tu sebab aku dah niat daripada awal-awal lagi aku "Sign Up" join FB ni dengan tujuan aku nak asah bakat penulisan kreatif aku sendiri (maklumlah, aku nak jadi penulis sejak dari perut mak aku lagi), kekadang kita kena sedar ~Dalam setiap apa yang kita lakukan, ada orang suka dan ada orang yang tak suka~ jadi kita kenalah hadapinya dengan tabah. Memang tidak dinafikanlah siapa yang tak kembang-kempis hidung kalau berduyun-duyun orang like FB kita kan(termasuklah hidung aku ni yang hidung reti kembang je tapi tak reti kempis balik -..-), sebenarnya bukan nak rasa bangga membabi buta sebab status ramai orang like cuma kita rasa dihargai sekurang-kurangnya ada orang yang sudi baca status kita walaupun kita hanya tulis "Hai".
Diucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca blog saya yang tak seberapa ni, saya harap anda terhibur dengan post saya yang pertama ni walaupun taklah panjang sangat(maklumlah, ini kan baru perkenalan je so takyah panjang sangat kot =="). ~Peace Yob~
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)