Assalamualaikum kepada para pembaca #menaip sambil menitis airmata jantan aku*:')*#
Jangan salahkan aku andai kata, diri aku dilahirkan tidak sempurna atau tidak sekacak lelaki di luar sana. Jangan persalahkan aku di atas segala kelamahan aku yang sering buat kamu menyampah dan meluat giler nak mampos menghadap muka aku tiap-tiap hari tetapi apakah disebabkan tidak kesempurnaan aku ini, kau tolak cinta aku mentah-mentah tanpa berikan aku peluang untuk buktikan kesetiaan aku kepadamu?.
Kenapa begitu menyampah sekali kamu lihat muka aku setelah aku meluahkan isi hati aku kepadamu?, cuba kamu berikan alasan yang munasabah takpun yang boleh diterima otak aku yang serba lembab ini. Jika disebabkan wajah aku yang tak tampan ini, bilanglah sejujurnya tapi janganlah terus berdiam diri sampai sekarang. Aku bukan seorang yang bodoh dan terhegeh-hegeh pada yang tak sudi cuma aku taknak hubungan kita sebagai sahabat karib yang telah lama terjalin akhirnya musnah disebabkan perkara kecil ini.
Demi Allah, aku dah buang sejauh-jauhnya perasaan cinta aku terhadapmu yang tidak lebih daripada seorang sahabat. Aku dah tetapkan diri mungkin kita tidak ada jodoh dan mungkin ada lelaki yang lebih-lebih baik daripada aku yang lemah ini. Kamu tak berikan aku ruang untuk berterus-terang malah kamu terus-terusan menghukum diriku tanpa sebab yang boleh diterima dek akal aku yang tak seberapa nak bijak ini.
Tipulah kalau aku menyatakan aku tidak kecewa sebab kamu tolak cinta aku tetapi itu dulu kerana sekarang mungkin bila melihat kamu bahagia bersama lelaki idamanmu akan membuat aku lebih gembira.Aku tidak mampu memilikimu kerana kamu 100% hakmilik kekal Allah yang Maha mencintai namun biarlah cintaku selama ini terhadapmu biarlah menjadi cinta dalam hati yang akan aku kenang selagi hayat di kandung badan.
Walaupun aku berpura-pura untuk ketawa,gembira dan nampak ceria selalu namun hati ini tetap sedih atas keputusanmu untuk putuskan hubungan persahabatan kita, aku tidak akan menunjukkan tangisanku di depan khalayak ramai bukan kerna ego seorang lelaki tetapi kerana aku seorang lelaki yang di didik untuk menerima segala Qada dan Qadar Allah. Akhir kata, aku hanya nak kamu tahu bahawa aku selama ini tak pernah mempunyai perasaan benci terhadapmu walaupun segala tohmahan,cacian dan kejian yang kamu lemparkan tepat ke arah wajahku. Aku akan menganggap kamu sebagai sahabat dunia dan akhirat aku selama-lamanya.~Peace yob~

2 comments:
eh.kau prnah cter la pasl ni kat aku.
so far aku xde lagi BFF lelaki.BFF aku sorg je pompuan.
cinta dlm hati . honestly aku tgh mengalaminya skg ni.aku suke kat some1 tu tp aku xthu dia thu ke tak aku suke dia . haha . just aku doa kalau betul dia untk aku bersyukr sgt if bukan ya aku reda :)
mungkin dia tak prasan kod kau yg dpn mata dia .mybe one day nanti sape tahu kau akan memilikinya . dari persahabatn and lebih dari tu kan :)
Hahaha, alah, jangan risaulah aydah oiii. percaya dengan jodoh Allah sudah :D*Allah tak pernah menghampakan hambanya :)
Post a Comment